Risiko Bahan Kimia

Keselamatan Bahan Kimia merupakan salah satu aspek keselamatan pekerjaan yang dititikberatkan oleh Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia berdasarkan Akta-Akta dan Peraturan-peraturan yang dikeluarkan semenjak tahun 1994 dengan tujuan untuk pengurusan dan pengendalian dengan cara yang selamat bahan-bahan kimia berbahaya. Di antara akta dan peraturan yang telah digunapakai ialah :

 * Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994

* Peraturan-peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan(Pengelasan,

* Pembungkusan Dan Pelebelan Bahan Kimia Berbahaya) 1997

* Peraturan-peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan(Penggunaan Dan Standards Pendedahan Bahan Kimia berbahaya Kepada Kesihatan) 2000

Peruntukan di dalam  Peraturan-peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan(Penggunaan Dan Standards Pendedahan Bahan Kimia berbahaya Kepada Kesihatan) 2000 (USECHH 2000) mewajibkan majikan untuk mengendalikan Penaksiran Risiko terhadap Kesihatan bagi Bahan Kimia Berbahaya di premis mereka sebelum mereka dibenarkan menggunakan kimia tersebut. Ini adalah amat penting bagi menghindarkan kemudaratan kepada para pekerja atau sesiapa sahaja yang berada di premis berkenaan yang mungkin akan berpeluan untuk terdedah kepada bahan kimia yang berbahaya tersebut. Penaksiran ini hendaklah dilakukan oleh Penilai yang telah diiktiraf oleh pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Malaysia.

MIOSH telah banyak kali mengendalikan Penaksiran Risiko terhadap Kesihatan bagi Bahan Kimia Berbahaya di pelbagai organisasi di seluruh negara.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Dr Samsuri Ismail di talian 09-6163819 atau secara email kepada drsam|at|ihsan.com.

 

Comments are closed.