Kursus Pengendalian Selamat Bahan Kimia Berbahaya di Tempat Kerja

PENGENALAN

Masalah kesihatan akibat daripada pendedahan terhadap bahan kimia berbahaya menjadi semakin ketara dari masa ke semasa. Kesan akibat pendedahan ini boleh berlaku di dalam pelbagai bentuk seperti melecur, terbakar, kerosakan organ badan, menyebabkan barah, kecacatan zuriat  atau menyebabkan kematian.

Pengetahuan yang betul terhadap kaedah mengendalikan bahan kimia boleh menjadi penentu utama kesan terhadap kesihatan kepada para pekerja.

Peruntukan undang-undang memerlukan pekerja-pekerja yang terdedah kepada bahan kimia berbahaya untuk menjalani kursus sebegini sekurang-kurangnya sekali dalam dua tahun

KANDUNGAN KURSUS

  1. Akta Keselamatan Pekerjaan 1994 & dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengannya (termasuk USECHH, CPL dll.)
  2. Bahaya Kesihatan Akibat Bahan Kimia
  3. Risalah Data Keselamatan Kimia & Penglabelan bahan kimia
  4. Bagaimana Membaca Dan Menterjemah Laporan CHRA
  5. Pemantauan Perubatan (Medical Surveillance)
  6. Menguruskan Penyimpanan Bahan Kimia Berbahaya (Storage of hazardous chemicals)
  7. Menguruskan Pelupusan Bahan Kimia Berbahaya
  8. Kelengkapan Pelindung Diri  (PPE)
  9. Rawatan Kecemasan Akibat Bahan Kimia Berbahaya

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Abdul Wafi  HP: 0139177022, Faiz HP:0139122013

Email: training | at | miosh.com.my

Download brochure di sini

 

Comments are closed.