Garis Panduan Sebelum Melakukan Pemeriksaan Kesihatan
- Dapatkan tidur dan rehat yang cukup (sekurang-kurangnya 7 jam) sebelum menjalani pemeriksaan, untuk memastikan tekanan darah, denyutan nadi dan ritma jantung di tahap yang normal.
- Berpuasa 6 hingga 8 jam sebelum melakukan ujian darah (fasting blood sample).Walau bagaimanapun, air kosong boleh dan digalakkan untuk diminum.
- Tidak meminum minuman beralkohol sekurang-kurangnya 24 jam sebelum pemeriksaan kesihatan.
- Tidak terdedah kepada persekitaran yang bising dalam tempoh 14 jam sebelum menjalani ujian audiometri.
- Beritahu semua penyakit-penyakit yang pernah dihidapi, pembedahan yang pernah dilalui, alahan serta penyakit/kecederaan akibat pekerjaan.