Pengenalan
Mengikut Peraturan Pertolongan Cemas di Tempat Kerja (2004), majikan perlu merekrut dan memilih pekerja-pekerja sesuai untuk menghadiri kursus latihan pertolongan cemas. Ahli pertolongan cemas perlu menduduki kursus ulang kaji setiap tiga tahun sekali.
Di dalam Peraturan Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan 1970, Seksyen 38 (2) (iv), majikan dikehendaki melantik pembantu-pembantu kecemasan untuk sentiasa bersedia sepanjang waktu bekerja sekiranya ada 2 orang pekerja atau lebih sedang bekerja. Kursus latihan rawatan kecemasan ini dirancang oleh NIOSH untuk memenuhi tuntutan undang-undang tersebut dan bertujuan melatih pembantu kecemasan di dalam mengendalikan kemalangan serta kaedah rawatan yang sepatutnya.
Selain itu, kursus ini sesuai dan praktikal untuk rawatan kecemasan dalam sebarang industri.
Objektif
- Mengetahui teknik dan kaedah pertolongan cemas
- Memupuk keyakinan diri untuk melakukan pertolongan berkesan
- Cara mendiagnosis dan merawat luka
Topik Kursus
- Basic Anatomy
- Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) Version 2010 American Heart Association
- Bleeding and Shock
- Occupational Trauma
- Medical Emergencies
- Chemical Emergencies
- Heat Stress and Burns