Penaksiran Risiko Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan

Pengenalan

Chemical Health Risk Assessment (CHRA) merupakan suatu penaksiran ke atas semua bahan kimia yang digunakan di sesebuah tempat kerja untuk mengenal pasti, menilai dan mengawal segala risiko kesihatan yang terhasil dari aktiviti pekerjaan. Mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, majikan tidak boleh menggunakan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan melainkan setelah CHRA dikendalikan.

Skop Kerja

  1. Menaksir risiko terhadap kesihatan pekerja disebabkan oleh pendedahan bahan kimia berbahaya
  2. Menyemak proses di mana bahan kimia berbahaya digunakan
  3. Menyemak maklumat hazard pada Chemical Safety Data Sheets (CSDS)
  4. Menilai keberkesanan dan kesesuaian langkah pengawalan sedia ada
  5. Menilai tahap risiko di tempat kerja
  6. Cadangan mengenai kaedah untuk mengeurangkan risiko pendedahan terhadap bahan kimia berbahaya