Penilaian Kualiti Udara Dalaman (IAQA)

Kebanyakan bangunan mempunyai punca-punca pencemaran udara yang ketara. Di antara faktor-faktor yang menyumbang kepada perkara itu adalah kewujudan bahan tercemar, reka bentuk tidak sesuai, kelemahan penyelenggaraan sistem penghawa dingin, udara segar tidak mengalir dan disebabkan oleh aktiviti dalaman.

Kami menyediakan perkhidmatan penaksiran kualiti udara dalam bangunan untuk pejabat, kilang, hospital, dan sebagainya. Penaksir kami adalah berdaftar dan mendapat kelulusan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia.

Skop Kerja

  • Pemeriksaan menyeluruh menggunakan peralatan spesifik
  • Pengumpulan data
  • Tinjauan soal selidik
  • Penilaian keputusan dan perangkaan cadangan
  • Penyampaian laporan
  • Nasihat untuk menambah baik kualiti udara