Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan

Pengenalan

Akta 514 yang berasaskan konsep peraturan kendiri telah meletakkan tanggungjawab ke atas bahu majikan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan para pekerja.

Untuk tujuan itu, amat penting bagi majikan dan pekerja untuk mengambil inisiatif dalam mewujudkan tempat kerja selamat. Di antara kaedah itu ialah dengan mewujudkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan (SHC) yang berfungsi untuk memperkemaskan peraturan keselamatan dan kesihatan serta sistem kerja selamat,  menyemak keberkesanan program keselamatan dan kesihatan, melakukan penyelidikan ke atas trend kemalangan serta menyemak polisi keselamatan dan kesihatan.

Di bawah seksyen 30 Akta 514, setiap majikan harus menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan di tempat kerja sekiranya—

  • terdapat 40 pekerja atau lebih yang bekerja di tempat kerja; atau
  • Ketua Pengarah JKKP mengarahkan penubuhan jawatankuasa tersebut di tempat kerja.

Mengikut Peraturan-peraturan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan 1996, seorang majikan seharusnya mengambil langkah-langkah untuk menyediakan kursus latihan yang cukup kepada ahli-ahli jawatankuasa tersebut untuk membolehkan mereka menjalankan tugas dengan berkesan.

Objektif Kursus
  • Memahami keperluan Sistem Keselamatan dan Kesihatan
  • Memahami tuntutan undang-undang berkaitan SHC
  • Berupaya menjalankan fungsi sebagai ahli SHC
  • Memahami kaedah menjalankan mesyuarat dan tindakan susulan
  • Mengetahui cara mengendalikan pemeriksaan loji