Pengendalian Bahan Kimia Berbahaya

Pengenalan

Pada hari ini, bahan kimia digunakan secara meluas dalam pelbagai industri. Bahan kimia yang berbahaya boleh menyebabkan kesan negatif kepada kesihatan dan alam sekitar. Meskipun pelbagai pencegahan telah diambil, namun impak negatif akibat bahan kimia masih meningkat. Di antara kesan tersebut adalah barah, kegagalan organ, penyakit kronik, kecacatan zuriat, serta kemalangan maut.

Bahan kimia berbahaya tidak dapat dikenal pasti melalui warna atau bau. Oleh itu, kaedah selamat dalam mengendalikan bahan kimia perlu difahami supaya risiko tersebut dapat dikurangkan. Mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, pekerja yang terlibat dengan bahan kimia berbahaya perlu menghadiri kursus ini sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun.

Mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan), seseorang majikan yang mengusahakan kerja yang boleh mendedahkan atau mungkin mendedahkan pekerjanya kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan hendaklah menyediakan pekerjanya dengan apa-apa maklumat, arahan dan latihan sebagaimana yang perlu untuk membolehkan mereka mengetahui-

  • risiko kepada kesihatan yang terhasil daripada pendedahan sedemikian; dan
  • langkah pencegahan yang patut diambil.

Oleh itu, majikan hendaklah mengkaji semula dan menjalankan program latihan ini-

  • sekurang-kurangnya sekali dalam dua tahun;
  • jika terdapat perubahan dalam maklumat tentang bahaya bahan kimia berbahaya kepada kesihatan, amalan kerja selamat atau langkah-langkah kawalan; atau
  • setiap masa yang pekerja diberi tugas baru atau ditugaskan ke kawasan kerja baru di mana mereka terdedah atau mungkin terdedah kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan.

Kursus ini perlu dihadiri oleh:

  • Pekerja yang terdedah kepada bahan kimia berbahaya
  • Penyelia kepada pekerja-pekerja yang terdedah kepada kimia berbahaya
  • Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan
  • Pegawai yang bertanggungjawab dalam pembelian bahan kimia

Objektif Kursus

  • Memahami risiko bahan kimia terhadap kesihatan.
  • Berkongsi kaedah pengendalian, penggunaan, penyimpanan dan pelupusan bahan kimia.
  • Memahami undang-undang dan prosedur berkaitan bahan kimia.

Kandungan Kursus

  • Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (termasuk USECHH, CLASS dll.)
  • Kesan negatif bahan kimia terhadap kesihatan
  • Pemahaman mengenai Helaian Data Keselamatan (SDS) Bahan Kimia Berbahaya
  • Pelabelan Bahan Kimia
  • Analisis Laporan Penaksiran Risiko Bahan Kimia (CHRA)
  • Pelupusan Bahan Kimia Berbahaya
  • PPE dan Rawatan Kecemasan.