Tentang Kami

Medi-lhsan Occupational Safety and Health Sdn Bhd (MIOSH) merupakan syarikat bumiputera yang dimiliki oleh Medi-Ihsan Sdn Bhd. MIOSH terlibat secara aktif dalam menyediakan perkhidmatan dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (bahasa Inggeris: Occupational Safety and Health atau OSH) kepada syarikat-syarikat di Malaysia. Penglibatan kami dalam industri OSH bermula pada awal 1994 sebagai suatu pecahan dari Medi-Ihsan Sdn Bhd sebelum ditubuhkan sebagai MIOSH pada Februari 1996. Matlamat penubuhan MIOSH adalah untuk memajukan budaya Keselamatan dan Kesihatan di Malaysia.

Kami menyediakan perkhidmatan berupa Pusat Kesihatan Pekerjaan, Kursus Latihan OSH, Pemeriksaan Kesihatan untuk pekerja, Pemantauan Bahan Kimia (bahasa Inggeris: Chemical Health Risk Assessment atau CHRA) dan lain-lain aktiviti berkaitan OSH. MIOSH juga telah berdaftar sebagai penyedia latihan di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (bahasa Inggeris: Human Resource Development Fund atau HRDF) sejak 2002. Di samping itu, MIOSH merupakan syarikat yang berdaftar dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dalam penyediaan latihan, pemantauan dan pemeriksaan kesihatan pekerjaan.

Selain itu, MIOSH merupakan salah satu syarikat terawal di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan OSH secara komprehensif. Buat masa ini, MIOSH telah menubuhkan dua Pusat Kesihatan Pekerjaan, iaitu di Marang, Terengganu dan sebuah lagi di Paka, Terengganu. Senarai perkhidmatan kami adalah seperti berikut:

PERKHIDMATAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN PEKERJAAN

  • Pemeriksaan Kesihatan Secara Berkala / Eksekutif
  • Pengawasan Kesihatan untuk Pendedahan Terhadap Kimia Berbahaya
  • Pemantauan Biologi untuk Merkuri, BTX dan lain-lain
  • Penilaian Kesihatan Ergonomik
  • Klinik Penilaian Pendengaran
  • Program Modifikasi Gaya Hidup Berserta Tindakan Lanjutan Setiap Suku Tahun
  • Pemeriksaan Kesihatan untuk Ruang Terkurung
  • Penilaian Kesihatan untuk Pekerja Offshore
  • Ujian Spirometri / Audiometri
  • Pemeriksaan Kesihatan yang Diluluskan Petronas
  • Pemeriksaan Kesihatan Lengkap Sebelum Persaraan
  • Analisis Rekod Perubatan
  • Penyimpanan Rekod Perubatan
  • Perkhidmatan Medical Review Officer
  • Pengawasan Kesihatan di Tapak Pekerjaan
  • Perkhidmatan X-Ray Berteknologi Terkini

KONSULTANSI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

  • Chemical Health Risk Assessment
  • Indoor Air Quality Assessment
  • Health Risk Assessment
  • OSH Program Development
  • Chemical Hazard Management
  • Health Promotion Program
  • Occupational Health¬†Advisory
  • Consultation for OSHMS MS-1722 and OSHAS 18001

KURSUS LATIHAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

  • Program Perlindungan Pendengaran
  • Pengendalian Selamat Bahan Kimia Berbahaya
  • Pertolongan Cemas di Tempat Kerja
  • Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan
  • Ergonomik
  • Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH)
  • Program Modifikasi Gaya Hidup
  • Program Latihan Mengikut Pesanan Klien
  • Kepentingan OSH Terhadap Pihak Pengurusan
  • Mencipta Sistem Pengurusan OSH
  • Pengurusan Risiko
  • Pencegahan dan Penyiasatan Kemalangan
  • Pengenalan Kepada Peraturan OSH
  • Pengelasan, Pempakejan dan Pelabelan Bahan Kimia
  • Program Perlindungan Pernafasan
  • Program Sihat Untuk Bekerja (Fitness to Work)
  • Latihan Pengendalian Manual