Pengenalan
Program Perlindungan Pendengaran ditubuhkan untuk memenuhi tuntutan undang-undang di bawah Akta Kilang dan Jentera 1967 untuk melindungi pekerja dari penyakit hilang pendengaran akibat bunyi bising di tempat kerja.
Mengikut Peraturan-peraturan Kilang dan Jentera (Pendedahan Bising 1989), Bahagian VII, Seksyen 27 (1), majikan mesti menyediakan kursus latihan untuk semua pekerja yang terdedah kepada bunyi bising melebihi had yang dibenarkan. Kursus itu mesti dijalankan setiap 2 tahun.
Objektif Kursus
- Menerangkan bagaimana bunyi bising memberi impak terhadap penyakit hilang pendengaran
- Mengenal pasti kaedah pencegahan daripada kecacatan pendengaran akibat bunyi bising
- Menjelaskan tuntutan undang-undang berkenaan bunyi bising
- Memahami penggunaan alat perlindungan pendengaran
- Menerangkan kaedah membaca keputusan ujian audiometri
- Memahami tujuan dan komponen Program Perlindungan Pendengaran
- Menjelaskan prosedur notifikasi dan ganti rugi untuk kehilangan pendengaran.
Topik Kursus
- Undang-undang dan Peraturan Berkaitan Bunyi Bising
- Prinsip Bunyi dan Mekanisme Pendengaran
- Kesan Bunyi dan Hilang Pendengaran Akibat Bunyi Bising
- Penterjemahan Keputusan Ujian Audiometri
- Alat Perlindungan Pendengaran